June 14, 2011

Another Assholes


Kecewa tak perlu disebut lagi. Tapi aku bosan bila dikelilingi 'asshole' yang langsung tak wangi. Malah lebih busuk dari bangkai gajah. Fikiran mereka lubuk ulat busuk membiak dan hati mereka hanya penuh hasad dengki. Mungkin ini adalah kali terakhir aku bertindak terlalu awal mempercayai orang lain. Selepas ini aku tak mahu lagi tanggung akibat.

Soalnya, bila kerja persaingan haruslah secara sihat. Bukannya perlu jadi talam dua muka atau kaki mengadu memburukkan orang lain. Kecewa bila aku taburkan kebaikan dengan menganggap kau kawan yang baik. Tapi rupanya kau sang belang dibalik pohon besar, menanti masa untuk menerkam, membaham.

Syukurlah kau sudah berhenti kerja. Walaupun kau canang aku puncanya. Aku tak peduli. Selagi kau berkerja di situ, aku masih ketua kau. Bon Voyage!

0 Comment[s]: